Ahli Parlimen Igan Serikan Majlis Iftar Kasih Ramadan IPD Matu Daro
DARO: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Matu Daro telah menganjurkan Majlis Iftar Kasih Ramadan sebagai usaha mengeratkan hubungan silaturahim antara warga polis dan komuniti setempat.
Majlis diserikan dengan kehadiran Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi, yang mengambil peluang meluangkan masa menyantuni warga IPD Matu Daro serta keluarga.
Dalam pada itu, Ahmad Johnie turut menyempurnakan simbolik penyampaian penghargaan kepada beberapa anggota polis yang akan berpindah sebagai tanda penghormatan atas khidmat bakti dan sumbangan mereka sepanjang bertugas.
Sumbangan duit raya juga diberikan kepada kanak-kanak yang hadir menceriakan majlis.
Hadir sama ialah Ketua Polis Daerah Matu Daro, DSP Rahim Mihos dan Pegawai Daerah Daro, Zul Usup. - EDISI UKAS