BKK 2025: Pesara PANS Disaran Kemaskini Data Peribadi
KUCHING: Kerajaan Sarawak bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Tahun 2025 kepada pesara Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (PANS) sebanyak RM500 secara 'one-off' dan dibayar dalam suku pertama 2026.
Unit Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia, Jabatan Premier Sarawak menerusi kenyataan media hari ini memberitahu, sehubungan itu pesara PANS diminta mengemaskini data peribadi bagi membolehkan semakan dan pembayaran.
Pesara PANS disarankan untuk mengemaskini data peribadi dengan mengimbas kod QR Survey yang dilampirkan bagi memudahkan urusan semakan dan pembayaran.
BKK Tahun 2025 kepada pesara PANS akan mulai dibayar pada Mac atau April 2026 tertakluk kepada kriteria kelayakan bagi lantikan Tetap dan Berpencen, Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Tetap Tidak Berpencen, Jawatan Berasaskan Caruman dan Lantikan Kontrak Jangka Masa Panjang (sehingga umur persaraan wajib).
Sebarang pertanyaan berkaitan kelayakan dan pembayaran boleh dikemukakan melalui alamat e-mel bkkpesara@sarawak.gov.my.
Pesara PANS juga boleh menghubungi pegawai yang bertanggungjawab iaitu Puan Sharifah Nong Shaputin Wan Habib Alwie di talian 082-647025, Puan Hazliza Mohd Jalil (082-648691) serta Encik Sulaiman Hasbi (082-442910) bagi mendapatkan maklumat lanjut.-EDISI UKAS