500 Kontena Bubur Lambuk Diagih Kepada Warga Kompleks Kerajaan Negeri Bahagian Betong
BETONG: Sebanyak 500 kontena bubur lambuk telah diagihkan kepada warga Kompleks Kerajaan Negeri Bahagian Betong pada Jumaat.
Majlis anjuran Jabatan Agama Islam Bahagian Betong dengan kerjasama Pejabat Pembangunan Negeri Sarawak Zon Sri Aman tersebut disempurnakan oleh Timbalan Residen Bahagian Betong Mohammad Nizam Wang, yang turut menyampaikan bubur lambuk kepada wakil setiap jabatan di kompleks tersebut.
Penganjuran program pengagihan bubur lambuk itu merupakan simbol perkongsian rezeki serta menyemarakkan semangat kebersamaan dalam kalangan warga perkhidmatan awam sempena Ramadan.
Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Pegawai Pembangunan Zon, Pejabat Pembangunan Negeri Sarawak Zon Sri Aman Radiah Muhamad.-EDISI UKAS