Datu Felicia & SIMU Tinjau Persiapan Program Sarawakku Sayang 2026 Miri
MIRI: Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Pentadbiran) Datu Felicia Tan Ya Hua bersama Unit Pemantauan Pelaksanaan Sarawak (SIMU) telah mengadakan lawatan tapak penganjuran Program Sarawakku Sayang 2026 bagi Bahagian Miri untuk meninjau tahap persiapan di lokasi.
Lawatan pada Khamis di Stadium Miri itu turut dihadiri kira-kira 40 peserta itu turut dihadiri Residen Bahagian Miri Galong Luang, Timbalan Residen Bahagian Miri Bujang Rahman Seli, Pegawai Daerah Miri Siti Rohani Yusof serta wakil agensi kerajaan serta jawatankuasa berkaitan.
Ia juga bertujuan mengenal pasti keperluan yang perlu diberi perhatian bagi memastikan kelancaran penganjuran program berkenaan.
Lawatan turut memberi penekanan kepada aspek penyelarasan logistik, kemudahan serta pengurusan tapak supaya setiap perancangan yang telah dirangka dapat dilaksanakan dengan teratur.
Selain itu, ia juga memberi ruang kepada pihak penganjur untuk memberikan taklimat serta penjelasan kepada jawatankuasa yang hadir berhubung perancangan dan persiapan yang sedang dilaksanakan.
Usaha tersebut dilihat penting bagi memastikan Program Sarawakku Sayang 2026 di Bahagian Miri dapat dilaksanakan dengan lancar serta mencapai objektif penganjurannya.-EDISI UKAS