Program Jualan Rahmah MADANI Ringankan Beban Rakyat Mukah
MUKAH: Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM) sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri menerima sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai apabila menawarkan pelbagai barangan keperluan asas pada harga lebih rendah berbanding harga pasaran.
Program tersebut dianjurkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Mukah dengan sokongan Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia yang juga Ahli Parlimen Mukah, Dato Hanifah Hajar Taib.

Jualan berkenaan telah diadakan pada 14 Mac di 101 Superman Speedmart dan diteruskan pada 15 Mac di Pasar Raya Nam Leong, Dalat, bermula seawal pagi hingga petang atau sehingga stok habis.
Penganjuran program itu bertujuan membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat, khususnya dalam membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba.
Selain itu, pelaksanaannya turut mencerminkan keprihatinan kerajaan dalam memastikan rakyat berpeluang mendapatkan barangan keperluan harian pada harga yang lebih berpatutan.-EDISI UKAS