Hampir 6,700 keluarga di Parlimen Tanjong Manis Terima Sumbangan Aidilfitri
TANJONG MANIS: Menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri ini, hampir 6,700 keluarga di kawasan Parlimen Tanjong Manis menerima sumbangan Ingatan Tulus Ikhlas yang disampaikan oleh Ahli Parlimen Tanjong Manis, Dato Ir. Yusuf Abd Wahab.
Sumbangan tersebut diagihkan kepada komuniti Muslim di sebahagian kawasan Sarikei, Meradong, Daro serta seluruh kawasan Tanjong Manis sebagai tanda ingatan dan keprihatinan menjelang sambutan Aidilfitri.
Menurut Dato Ir. Yusuf, sumbangan berkenaan diharap dapat membantu menceriakan lagi sambutan Aidilfitri penduduk di kawasan Parlimen tersebut.
Beliau berharap sambutan Aidilfitri tahun ini membawa keberkatan, kebahagiaan dan kegembiraan kepada semua, di samping terus mengeratkan hubungan silaturahim serta memperkukuh perpaduan dalam kalangan masyarakat di Parlimen Tanjong Manis.
Tambahnya, sumbangan yang diberikan itu diharap dapat sedikit sebanyak membantu penduduk membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri. -EDISI UKAS