ADUN Bukit Goram Salur Bantuan Segera Bantu Mangsa Kebakaran, Baik Pulih Masjid
KAPIT: Mangsa kebakaran di Kampung Baru, Jalan Abang Sulaihi menerima bantuan segera daripada Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-undang dan Adat Bumiputera), Datuk Jefferson Jamit Unyat yang turun padang mengadakan lawatan tinjauan di sini pada Selasa.
Kejadian pada 14 Mac lalu menyebabkan sebuah rumah jenis separuh kekal musnah sepenuhnya, selain turut menjejaskan Masjid Jamek Kampung Baru dengan kerosakan kira-kira 20 peratus pada bahagian bumbung.
Dalam lawatan tersebut, beliau telah menyampaikan sumbangan kewangan sebanyak RM2,000 kepada mangsa sebagai bantuan segera.
Selain itu, beliau turut mengumumkan peruntukan Geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) sebanyak RM20,000 bagi kerja-kerja membaik pulih masjid berkenaan demi memastikan kemudahan ibadah penduduk setempat dapat digunakan seperti biasa.
Selain menzahirkan simpati dan sokongan moral kepada mangsa, Datuk Jefferson turut meminta pihak berkaitan agar mempercepatkan tindakan susulan bagi kerja-kerja baik pulih.-EDISI UKAS