![]() |
AJAX Error Sorry, failed to load required information. Please contact your system administrator. |
|
| Close | ||
Perjalanan panjang merentasi lebih 2,000 kilometer di sepanjang pesisir pantai bukan sekadar menguji ketahanan, malah membuka mata terhadap kesungguhan serta komitmenKerajaan Sarawak dalam memacu pembangunan hingga kesegenap pelosok Bumi Kenyalang.
Memasuki hari kesembilan, Kembara UKAS 2026 Demi Rakyat diberi peluang menyaksikan secara dekat pelaksanaanprojek pembangunan jaringan perhubungan di Utara Sarawak yang kini rancak dijalankan.
Lebih bermakna, perjalanan ini turut menyingkap maknasebenar kemajuan infrastruktur dan jaringan jalan raya, sebuah impian yang sekian lama dinantikan oleh masyarakatsetempat, kini semakin menjadi kenyataan.
Sabah Sarawak Link Road
Pembinaan Sabah Sarawak Link Road (SSLR) bukan sekadarprojek jalan raya biasa, malah menjadi simbol perubahanbesar dalam landskap perhubungan di utara Sarawak dan Sabah.
Laluan strategik ini dijangka membuka lembaran baharukepada pergerakan rakyat khususnya antara Miri, Limbang, Lawas hingga ke Sipitang serta kawasan pedalaman sepertiLong Semadoh dan Long Pa’ Sia.
Salah seorang penduduk, Barry Baru Sigar dari Ba'kelalanberkata, selama ini, pergerakan antara kawasan-kawasantersebut banyak bergantung kepada laluan melalui Brunei Darussalam, yang memerlukan dokumen perjalanan sertapematuhan ketat kepada peraturan negara berkenaan.
"Malah, waktu operasi sempadan yang terhad turutmenyukarkan perjalanan, khususnya dalam situasi kecemasanatau keperluan mendesak.
"SSLR bakal mengubah realiti ini dengan mewujudkan aliranpergerakan bebas dalam negara tanpa kekangan sempadanasing," ujarnya ketika ditemui Kembara UKAS 2026.
Barry Baru Sigar
Beliau yang juga seorang peguam di Limbang berkata, kewujudan jalan ini membuka ruang kepada potensi yang hampir tiada batas.
Jelasnya, dari sudut logistik dan pengangkutan, SSLR membolehkan pergerakan kenderaan dan barangan menjadilebih fleksibel dari segi masa, jenis muatan serta keperluanpermit.
"Ini sekali gus mempercepatkan penghantaran keperluan asasseperti makanan, bahan binaan dan peralatan penting untukprojek pembangunan termasuk infrastruktur digital sepertimenara telekomunikasi.
"Lebih penting, rangkaian jalan yang baik akan merangsangpembangunan ekonomi setempat.
"Kawasan pedalaman dan tanah tinggi yang sebelum ini sukardiakses berpotensi dibangunkan untuk aktiviti pertanianbernilai tinggi.
"Tanaman seperti kubis dan strawberi yang sesuai denganiklim sejuk tanah tinggi boleh diusahakan secara komersial, sekali gus meningkatkan pendapatan komuniti tempatan," tambahnya.
Beliau berkata, dalam masa yang sama, sektor pelanconganturut dijangka berkembang pesat.
Salah satu pakej projek di simpang ke Ba'kelalan yang sedang dilaksanakan.
“Kemudahan akses yang lebih baik akan menarik lebih ramaipelancong domestik dan antarabangsa, yang sebelum iniberdepan kekangan masa dan perancangan perjalanan.
“Dengan ini, destinasi di pedalaman berpotensi menjadiproduk pelancongan baharu yang unik dan menarik.
"SSLR turut berpotensi menjadi penghubung penting ke ibunegara baharu Indonesia, Nusantara, khususnya melaluikawasan Ba’Kelalan. Ini membuka peluang besar kepadainteraksi komersial, sosial dan budaya di peringkat serantau,” katanya.
Bagi beliau, keseimbangan antara manfaat dan cabaransememangnya tidak dapat dielakkan. Namun, kelebihan yang dibawa oleh SSLR jauh mengatasi kekangan yang ada.
“Projek ini mencerminkan visi kepimpinan Sarawak, khususnya di bawah pimpinan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg yang meletakkan pembangunan jalanraya sebagai keutamaan demi kesejahteraan rakyat dan kemajuan negeri," ujarnya.
Pembangunan Di Utara Sarawak
Sementara itu, Kembara UKAS 2026 berkesempatanmeninjau beberapa buah projek yang sedang dilaksanakan di bahagian Utara Sarawak.
Ini termasuk Projek Lebuhraya Pantai Utara (NCH) dan Jambatan Baharu Bandar Lawas.
NCH Di Lawas
Pembangunan Lebuhraya Pantai Utara (NCH) di Lawas terusmenunjukkan kemajuan positif setakat Februari 2026 denganpelaksanaan kerja melibatkan dua pakej utama iaitu Seksyen 1 dan Seksyen 2 yang kini giat dilaksanakan mengikut skopmasing-masing.
Bagi Projek NCH Lawas Seksyen 1, pembangunanmelibatkan jajaran utama sepanjang kira-kira 22.5 kilometeryang dinaik taraf daripada jalan dua lorong kepada empatlorong mengikut piawaian R5 JKR.
Skop kerja merangkumi pembinaan dua jambatan utamatermasuk Jambatan Sungai Siang-Siang dan Jambatan BatangTrusan, dua persimpangan bertingkat, empat jejantas pejalankaki serta pemasangan kemudahan lampu isyarat dan perabotjalan.
Selain itu, kerja turut melibatkan sistem perparitan baharu, pengalihan utiliti sedia ada seperti bekalan elektrik, telekomunikasi dan air, serta pelaksanaan pengurusan trafikdan pemantauan alam sekitar.
Manakala, Projek NCH Lawas Seksyen 2 melibatkan jajaransepanjang kira-kira 21 kilometer dengan komponenpembangunan yang hampir serupa termasuk pembinaan dua jambatan, dua persimpangan bertingkat, empat jejantaspejalan kaki dan kemudahan hentian bas.
Skop kerja memberi tumpuan kepada kerja pembersihantapak, pengorekan dan penambakan tanah, pembinaan turapanjalan serta pembinaan sistem saliran dan pembentungan.
Turut dilaksanakan ialah kerja pengalihan utiliti, pembinaanjalan penghubung ke kawasan bandar, pemasangan lampujalan dan pengurusan trafik bagi memastikan keselamatanpengguna jalan raya.
Secara keseluruhan, kedua-dua projek di bawah agensipembangunan wilayah utara ini dilaksanakan secaraberperingkat dengan tumpuan kepada aspek keselamatan, kelancaran trafik serta pematuhan terhadap keperluan alamsekitar, sekali gus dijangka meningkatkan kesalinghubungandan merangsang pembangunan ekonomi di kawasan utaraSarawak khususnya di Lawas.
NCH Limbang Seksyen 1
Sementara itu Projek NCH Limbang Seksyen 1 melibatkanpembinaan jalan sepanjang 13.925 kilometer dengan rekabentuk empat lorong dua hala (JKR R5).
Projek ini merangkumi pembinaan empat jambatan dan satujejambat serta kemudahan seperti hentian bas dan kawasanrehat.
Kerja-kerja semasa termasuk pembinaan jalan lencongan, pemadatan tapak serta penyelenggaraan jalan sedia ada bagimenyokong pelaksanaan projek.
NCH Limbang Seksyen 2
Seksyen 2 projek NCH Limbang pula melibatkan pembinaanjajaran sepanjang 12.975 kilometer dengan spesifikasi empatlorong dua hala.
Projek ini merangkumi pembinaan satu jambatan dan satujejambat, selain kerja- kerja tanah, geoteknik dan sistemsaliran.
Setakat Februari 2026, kemajuan projek masih di peringkatawal dengan kerja pembersihan tapak dan penandaan jajaransedang dilaksanakan.
Projek NCH Limbang Seksyen 3
Projek NCH bagi Pakej Kerja Limbang Seksyen 3 terusmenunjukkan perkembangan memberangsangkan setakatFebruari 2026.
Projek ini melibatkan pembinaan jajaran sepanjang 17.484 kilometer yang merangkumi lima jambatan, dua jejambat, satu‘viaduct’ serta tiga persimpangan bertingkat.
Skop projek merangkumi kerja pembersihan tapak, kerjatanah, pembinaan jalan, sistem perparitan serta struktur utamaseperti jambatan dan jejambat.
Selain itu, kemudahan awam seperti hentian bas, lampu jalan, lampu isyarat serta sistem pencahayaan moden turutdisediakan bagi meningkatkan keselesaan pengguna.
Jambatan Baharu Bandar Lawas
Projek Jambatan Baharu Bandar Lawas
Projek pembinaan Jambatan Baharu Bandar Lawas kinimenunjukkan kemajuan memberangsangkan apabila kerja-kerja pembinaan memasuki fasa akhir di beberapa bahagianutama.
Projek ini merupakan inisiatif penting bagi meningkatkanjaringan pengangkutan serta merangsang pertumbuhanekonomi di daerah Lawas, Bahagian Limbang.
Projek yang dilaksanakan di bawah RECODA ini melibatkanpembinaan jambatan moden lengkap dengan jalanpenghubung serta rangkaian jalan cabang (spur road).
Berdasarkan perkembangan semasa sehingga Mac 2026, kerja-kerja seperti penurapan, pemasangan penghadang jalan(guardrail), penandaan jalan serta pemasangan paip air berdiameter 600mm telah giat dijalankan di kedua-dua bahagian Lawas dan Ladang Baru.
Projek Jambatan Baharu Bandar Lawas
Dari segi kos, projek jambatan ini dianggarkan melibatkanperbelanjaan ratusan juta ringgit, selaras dengan skalapembinaan yang merangkumi struktur jambatan utama, jalanakses, serta kemudahan utiliti.
Pelaburan besar ini dijangka memberi pulangan jangkapanjang melalui peningkatan mobiliti penduduk, penguranganmasa perjalanan serta pemangkin kepada aktiviti perdagangandan pelancongan.
Kesimpulan
Sebagai kesimpulan, pembangunan Sabah Sarawak Link Road (SSLR) bersama rangkaian projek pelengkap sepertiLebuhraya Pantai Utara (NCH) dan Jambatan Baharu Bandar Lawas bukan sekadar memperbaiki infrastruktur fizikal, malah membentuk ekosistem perhubungan yang lebihinklusif, efisien dan berdaya tahan di utara Sarawak.
Kesalinghubungan yang lebih lancar ini bukan sahajamemendekkan jarak dan masa perjalanan, tetapi turutmembuka akses lebih luas kepada peluang ekonomi, pendidikan, kesihatan dan pelancongan, khususnya bagikomuniti di kawasan pedalaman yang sebelum ini terpinggir.
Dengan pelaksanaan yang progresif dan komitmen berterusansemua pihak, projek-projek ini diyakini menjadi pemangkinutama kepada transformasi wilayah, sekali gus mengukuhkankedudukan Sarawak sebagai hab strategik di Borneo sertamenjamin kesejahteraan rakyat dalam jangka panjang. -DEMI RAKYAT