MIRI: Program Jerayawara Bubur Lambuk di bawah inisiatif SABERKAS Prihatin dilaksanakan bagi menyantuni barisan hadapan di Hospital Miri pada Selasa.
Program anjuran SABERKAS Cawangan Pujut itu menyaksikan sebanyak 400 pek bubur lambuk diagihkan kepada kakitangan hospital sebagai tanda penghargaan terhadap komitmen dan pengorbanan mereka dalam memastikan kesejahteraan masyarakat.
Majlis tersebut disempurnakan oleh Datuk Bandar Miri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut Adam Yii Siew Sang.
Turut hadir Pengarah Hospital Miri Dr Jack Wong serta Pengerusi SABERKAS Cawangan Pujut Warziedea Ahmad.
Menurut Warziedea, program berkenaan merupakan usaha berterusan SABERKAS Prihatin dalam mendekati komuniti di samping menzahirkan penghargaan kepada petugas kesihatan yang sentiasa komited melaksanakan tugas.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak termasuk PERKEP Hospital Miri serta Perkumpulan Wanita Brighton atas kerjasama menjayakan program tersebut.
Program yang berlangsung dalam suasana muhibah itu mendapat sambutan menggalakkan daripada warga hospital sekali gus memperkukuh semangat kebersamaan antara komuniti dan barisan hadapan.-EDISI UKAS