BINTULU: Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperhebat Op Selamat 26 sempena Aidilfitri 2026 dengan fokus kepada keselamatan komuniti dan pematuhan undang-undang jalan raya.
Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintenden Nixon Joshua Ali berkata, orang ramai digalakkan mendaftar Volunteer Smartphone Patrol (VSP) bagi meningkatkan rondaan di kawasan perumahan sepanjang musim perayaan.
Menurut beliau, operasi selama enam hari bermula 19 hingga 24 Mac ini dilaksanakan susulan peningkatan kes kemalangan kepada 512 kes berbanding 416 kes tahun lalu.
Antara lokasi dikenal pasti ialah Jalan Pesisir Bintulu-Miri, Jalan Sultan Iskandar dan Jalan Tanjung Kidurong.
Beliau turut menasihatkan pengguna jalan raya agar memandu secara berhemah serta memastikan kediaman ditinggalkan dalam keadaan selamat.-EDISI UKAS