Premier Sarawak Saksi SACOFA Serah Zakat RM2.93 Juta Kepada Tabung Baitulmal Sarawak
KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Abang Openg menyaksikan majlis penyerahan zakat perniagaan SACOFA Sdn Bhd berjumlah RM2.93 juta kepada Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) bagi tahun kewangan 2025 di Kompleks Satria Pertiwi pada Khamis.
Sumbangan zakat tersebut disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif SACOFA Jafer Sadig Abdul Lathiff kepada Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak Datuk Misnu Taha yang turut disaksikan oleh Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak merangkap Pengerusi SACOFA Dato Sri Julaihi Narawi.
Sumbangan zakat SACOFA mencerminkan komitmen syarikat terhadap tanggungjawab korporat serta sokongan kepada program kebajikan sosial di Sarawak.
Ia bertujuan membantu golongan yang memerlukan serta meningkatkan kesejahteraan komuniti.
Sumbangan zakat ini juga memenuhi tanggungjawab syariah SACOFA dan memperlihatkan komitmen syarikat terhadap kemajuan sosioekonomi ummah di Sarawak, khususnya menerusi program pendidikan, kebajikan dan komuniti yang diterajui oleh TBS.
Jumlah zakat yang ditunaikan SACOFA bagi tahun kewangan 2025 itu menunjukkan peningkatan berbanding RM2.90 juta yang disumbangkan pada tahun 2024.
Hadir sama, Ahli Lembaga Pengarah SACOFA. -EDISI UKAS