BINTANGOR: Program SABERKAS Prihatin sempena Aidilfitri 2026 terus menyantuni golongan memerlukan apabila seramai 30 keluarga asnaf di sekitar Bintangor menerima sumbangan bakul makanan, pada Rabu.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong merangkap Pengerusi SABERKAS Cawangan Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing berkata, inisiatif itu mencerminkan keprihatinan berterusan dalam membantu golongan kurang berkemampuan, di samping memperkukuh hubungan antara pemimpin dan masyarakat.
Menurut beliau, program berteraskan kebajikan seperti ini bukan sahaja meringankan beban penerima, malah menyemai semangat kebersamaan serta perpaduan dalam komuniti.
Program tersebut dijayakan dengan kerjasama ketua-ketua kampung dan sukarelawan bagi memastikan agihan bantuan berjalan lancar serta menepati sasaran.
Turut hadir, Pengerusi Unit Melayu SABERKAS Meradong Abang Husen, Timbalan Pengerusi SABERKAS Cawangan Meradong Ley Chee Hua, ketua-ketua kampung serta ahli SABERKAS Cawangan Meradong. -EDISI UKAS