Datuk Francis Harden Adakan Kunjungan Aidilfitri Kampung Muhibbah, Simanggang
SIMANGGANG: Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Francis Harden Hollis tidak ketinggalan dalam memeriahkan suasana hari kedua perayaan Hari Raya Aidilfitri menerusi beberapa kunjungan ke rumah pemimpin akar umbi sekitar Bandar Simanggang.
Tiga kediaman Ketua Kampung dalam Kampung Muhibbah adalah Shaibi Bakir, Sharkawi Morshidi dan Suhaimi Johan.
Kunjungan pertama beliau bermula pada jam 10.24 pagi terhadap kediaman
Shaibi Bakir sebelum ia diteruskan ke kediaman kediaman KK Sharkawi Morshidi pada jam 11.15 pagi.
Datuk Francis Harden yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang kemudiannya meneruskan kunjungan Hari Raya Aidilfitrinya terhadap kediaman Suhaimi Johan sebelum ia berakhir tamat jam 12.20 tengah hari.
"Ingin saya tekankan di sini bahawa kunjungan sebegini bukan sekadar tradisi perayaan tetapi wadah untuk memperkukuh perpaduan dalam kalangan penduduk berbilang kaum dan agama di Sri Aman.
"Saya percaya semangat ini akan terus menjadi asas kekuatan komuniti Simanggang dengan kepimpinan harus sentiasa dekat dengan penduduk sepanjang masa dan bukan hanya ketika berlangsung musim perayaan," katanya.
Beliau turut menambah bahawa aktiviti kunjungan Hari Raya Aidilfitri beliau bersama keluarga hari ini secara tidak langsung membuktikan komitmen untuk terus bersama penduduk dalam apa jua keadaan.
Turut serta, Temenggong Leonard Libau Anol, Pemanca Denneil Saweng, Pemanca Lee Siang Hua, Penghulu Kang Tai Kong, Kaunselor Balean Suji Inggol, Kaunselor Wong Yii Hong, Kaunselor Michael Pillow Lachen, Kaunselor Dilang Jungai, Kaunselor Tay Buan Wie, Kapitan Ling Siew Hung, Kapitan Tay Yaw Ming dan Georgina Doa. -EDISI UKAS