Rumah Terbuka Aidilfitri Setiausaha Kerajaan Sarawak, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak & Pengarah-Pengarah di Jabatan Premier Sarawak Berlangsung Meriah
KUCHING: Suasana penuh kemesraan dan keharmonian mewarnai Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri 2026 anjuran Setiausaha Kerajaan Sarawak, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Perancangan Ekonomi dan Pembangunan) serta Pengarah-Pengarah Unit di bawah Jabatan Premier Sarawak di Dewan SABATI di sini pada Isnin.
Majlis tersebut diserikan dengan kehadiran Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Prof. Dr Sim Kui Hian yang meluangkan masa menghadiri sambutan berkenaan sebagai simbol kebersamaan dan perpaduan dalam pentadbiran negeri.
Ketibaan beliau disambut oleh Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki selaku tuan rumah.
Turut memeriahkan majlis ialah Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Peguam Besar Sarawak Dato Sri Saferi Ali, Setiausaha Kewangan Sarawak Dato Sri Wan Lizozman Wan Omar serta Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Perancangan Ekonomi dan Pembangunan) Dato Sri Dr Muhammad Abdullah Zaidel.
Hadir sama Timbalan-Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Michael Tiang Ming Tee dan Datuk Dr Penguang Manggil, Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Snowdan Lawan, serta Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi dan Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.
Selain itu, beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk Dato Ir. Lo Khere Chiang (Batu Kitang), Azizul Annuar Adenan (Tanjung Datu), Wilfred Yap Yau Sin (Kota Sentosa) dan Johnny Pang Leong Ming (Tanjong Batu) serta ketua-ketua jabatan turut hadir memeriahkan majlis.
Turut hadir, Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) Dato Hilmy Othman dan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) Dato Wee Hong Seng, bersama warga kerja Jabatan Premier Sarawak.
Kehadiran pemimpin daripada pelbagai latar belakang dalam majlis ini mencerminkan semangat kebersamaan yang terus utuh dalam pentadbiran Kerajaan Sarawak.
Sambutan Aidilfitri ini bukan sahaja menjadi platform mengeratkan silaturahim antara pemimpin dan penjawat awam, malah memperkukuh keharmonian serta keakraban yang menjadi asas kepada kestabilan dan kemajuan negeri.-EDISI UKAS
Disediakan oleh: Ahmad Daniel Faiz
Gambar: Ibanez Jeffery