Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi & Isteri Tiba Di Miri Sempena Ziarah Aidilfitri
MIRI: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar, dan Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi selamat tiba di Lapangan Terbang Miri pada Khamis bagi mengadakan ziarah Aidilfitri di sekitar bandar raya ini.
Ketibaan beliau berdua disambut oleh Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak merangkap Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah bersama isteri Datin Sri Zuraini Abdul Jaabar serta Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin bersama isteri Datin Sri Kong Shui Lin.
Turut hadir menyambut ketibaan ialah Residen Bahagian Miri Galong Luang, Timbalan Ketua Polis Daerah Miri Superintenden Mohd Syafiq @ Jinuin Abdullah, Ketua Masyarakat Melayu Bahagian Miri Temenggong Mohammad Abang Othman serta ketua-ketua masyarakat setempat.
Sejurus ketibaan, Imam Bahagian Miri Sharafuddin Suaut telah memimpin bacaan doa.
Kunjungan Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi dan Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah tersebut adalah bagi mengadakan ziarah Aidilfitri ke beberapa kediaman pemimpin kenamaan, ahli keluarga serta sahabat handai di Miri sempena sambutan perayaan Aidilfitri.-EDISI UKAS