TYT Sarawak & Isteri Teruskan Ziarah Aidilfitri Di Miri
MIRI: Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi meneruskan kunjungan sempena Hari Raya Aidilfitri dengan menziarahi beberapa kediaman pemimpin dan ketua masyarakat di sini pada Jumaat.
Kunjungan dimulakan di kediaman Temenggong Mohammad Abang Othman di Jalan Kampung Luak sekitar jam 10 pagi sebagai sebahagian usaha menyantuni pemimpin masyarakat setempat.
Rombongan kemudian berkunjung ke kediaman Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu, Rosey Yunus di Taman Bumiko.
TYT Sarawak seterusnya menunaikan solat Jumaat di Masjid At Taqwa Miri sebelum meneruskan ziarah Aidilfitri pada sebelah petang.
Antara lokasi yang dikunjungi ialah kediaman Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak merangkap ADUN Lambir, Datuk Dr Ripin Lamat di Jalan Airport.
Rombongan kemudian meneruskan kunjungan ke kediaman Timbalan Menteri Luar Negeri merangkap Ahli Parlimen Sibuti, Dato Lukanisman Awang Sauni di Jalan Sim Kheng Hong, Bakam.
Selepas selesai rangka lawatan di Miri, TYT Sarawak bersama rombongan berangkat ke Sibu bagi meneruskan kunjungan Hari Raya seterusnya.
Turut mengiringi rombongan ialah Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan merangkap Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin, Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Sebastian Ting, ADUN Pujut merangkap Datuk Bandar Miri, Adam Yii Siew Sang serta ADUN Telang Usan, Dato Dennis Ngau bersama ketua-ketua masyarakat tempatan.-EDISI UKAS