KUCHING: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg menerima dua kunjungan hormat di Kompleks Satria Pertiwi di sini pada Isnin.
Kunjungan pertama melibatkan Panglima Tentera Darat Jeneral Dato' Azhan Md Othman yang mengadakan kunjungan sulung selepas pelantikan beliau pada 1 Januari 2026.
Turut hadir ialah Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak yang juga Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah serta Pengarah Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak (UKPS) Abdul Wahab Rahim.
Hadir sama ialah Panglima Medan Timur Leftenan Jeneral Dato’ Mohd Sofi Md Lepi serta Panglima 1 Divisyen Mejar Jeneral Dato’ Khairul Anuar Abd Aziz.
Sejurus selepas itu, Datuk Patinggi Abang Zohari menerima kunjungan perpisahan daripada Naib Canselor Universiti Teknologi Sarawak (UTS) Sibu Profesor Emeritus Datuk Dr Khairuddin Ab Hamid.
Kunjungan tersebut diadakan sempena tamatnya tempoh perkhidmatan Profesor Datuk Dr Khairuddin sebagai peneraju utama universiti milik penuh Kerajaan Sarawak yang berpangkalan di Sibu pada bulan ini.
Turut sama hadir ialah anakanda Premier Sarawak Dayang Norjihan serta isteri Naib Canselor UTS, Datin Dayang Mariani Abang Zain.-EDISI UKAS