Ramah Tamah Aidilfitri Eratkan Perpaduan Kampung Belading
LIMBANG: Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Kampung Belading terus menjadi medium memperkukuh perpaduan serta hubungan erat antara penduduk dan kepimpinan setempat.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau, Dato Paulus Palu Gumbang memuji semangat kerjasama penduduk dalam menjayakan program tahunan tersebut, sambil menegaskan kepentingannya dalam memupuk silaturahim dan keharmonian komuniti luar bandar.
Ketua Kampung, Matzin turut merakamkan penghargaan atas sokongan berterusan termasuk penyaluran geran JKKK dan bantuan menaik taraf kemudahan kampung.
Turut hadir, Datin Mary Sindang, Cr. Elvis Mathew, Cr. Mohd. Hidayat, Penghulu Hj. Ahmad serta beberapa Ketua Kaum berhampiran.-EDISI UKAS