Pemantauan Projek GKCDA Perkukuh Pembangunan Infrastruktur Bau
BAU: Usaha memperkukuh pembangunan infrastruktur di daerah Bau terus diperkasa menerusi pelaksanaan projek di bawah Agensi Pembangunan Wilayah, khususnya melalui inisiatif Greater Kuching Coordinated Development Agency (GKCDA) yang memberi impak langsung kepada kesejahteraan penduduk setempat.
Lawatan pemantauan projek GKCDA bagi daerah Bau pada Selasa memberi tumpuan kepada beberapa projek utama di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tasik Biru dan Serembu, sebagai sebahagian daripada usaha berterusan memastikan kelancaran pelaksanaan projek pembangunan di peringkat akar umbi.
Sebelum ini, pemantauan turut dilaksanakan di DUN Tanjong Datu dan Opar, sekali gus melengkapkan pendekatan menyeluruh kerajaan dalam menilai kemajuan projek serta mengenal pasti keperluan penambahbaikan.
Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek Agensi Pembangunan Wilayah, Dewan Bandaraya Kuching Utara dan Hal Ehwal Islam) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, lawatan tersebut memberi fokus kepada beberapa projek strategik termasuk naik taraf Dewan Suarah Bau, naik taraf Gereja St. Stephen serta pembinaan dan penaiktarafan jalan dari Kampung Kopit ke Segubang.
Menurut beliau, pelaksanaan projek-projek berkenaan bertujuan meningkatkan kemudahan awam dan keselesaan pengguna, selain menyokong keperluan pembangunan setempat yang semakin berkembang.
“Sebagai contoh, projek naik taraf Dewan Suarah Bau melibatkan penyediaan kemudahan moden seperti eskalator dan lif bagi memudahkan pergerakan orang ramai, di samping meningkatkan kecekapan urusan di premis tersebut,” katanya.
Beliau turut memaklumkan bahawa beberapa projek lain akan terus diberi perhatian dari semasa ke semasa bagi memastikan manfaat pembangunan dapat dinikmati secara menyeluruh oleh masyarakat.
Lawatan tersebut turut disertai Timbalan Menteri Pengangkutan (Sungai dan Laut) merangkap ADUN Tasik Biru, Datuk Henry Harry Jinep serta ADUN Serembu, Dato Miro Simuh.
Turut hadir, Pegawai Daerah Bau Eddy Nayoi, Timbalan Pegawai Tadbir Khas GKCDA John Aten Pawang, wakil Pejabat Residen Bahagian