Yang Di-Pertua Negeri Sarawak Serta Isteri Terima Kunjungan Hormat Tunku Besar Tampin
KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi berkenan menerima kunjungan hormat daripada Tunku Besar Tampin Tunku Syed Razman Al-Qadri bersama isteri Che Puan Anis Sobari, di Astana Negeri Sarawak pada Khamis.
Pertemuan tersebut berlangsung dalam suasana mesra dan penuh harmoni, sekali gus menjadi wadah untuk bertukar khabar serta berkongsi pandangan mengenai pelbagai isu semasa.
Dalam kesempatan itu, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi turut berkongsi naratif sejarah Sarawak serta salasilah keluarga yang menjangkau era pemerintahan Rajah James Brooke sebagai sebahagian daripada warisan sejarah negeri.
Kunjungan berkenaan kemudiannya diakhiri dengan santapan tengah hari bagi mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara kedua-dua pihak. -EDISI UKAS
Disediakan Oleh: Ahmad Daniel Faiz
Gambar: Jaed Tepus