Ramah Tamah Aidilfitri PBB Simanggang Perkukuh Perpaduan, Hargai Komitmen Akar Umbi
SRI AMAN: Penganjuran Majlis Ramah Tamah Aidilfitri oleh Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Simanggang bukan sahaja menjadi platform mengeratkan silaturahim, malah memperkukuh perpaduan serta semangat kebersamaan dalam kalangan masyarakat setempat.
Hadir memeriahkan majlis berkenaan ialah Ahli Parlimen Batang Lupar merangkap Ketua Cawangan PBB Simanggang, Mohamad Shafizan Kepli yang dalam kesempatan itu turut meluangkan masa beramah mesra bersama ahli parti dan penduduk yang hadir.
Dalam pada itu, beliau juga merakamkan penghargaan kepada seluruh ahli PBB Simanggang atas komitmen dan kerjasama dalam menjayakan majlis berkenaan.
Beliau turut menzahirkan ucapan tahniah dan syabas kepada Pemuda PBB Simanggang atas inisiatif menganjurkan Bazar Ramadan yang mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat setempat, sekali gus menyumbang kepada kemeriahan suasana Ramadan di kawasan tersebut.
Menurut beliau, penganjuran program seumpama ini amat signifikan dalam memperkukuh hubungan antara kepimpinan dan komuniti, di samping memupuk nilai perpaduan serta keharmonian dalam kalangan rakyat. -EDISI UKAS