Yang di-Pertua Negeri Sarawak Solat Jumaat Di Surau An-Nurani, IIC
KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkenan menunaikan solat Jumaat di Surau An-Nurani, Islamic Information Centre (IIC), di sini, pada Jumaat.
Ketibaan beliau sekitar 12.43 tengah hari disambut oleh Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak Datuk Misnu Taha.
Solat Jumaat telah diimamkan oleh Muhamad Tamizi Hussien, yang turut menyampaikan khutbah Jumaat bertajuk ‘Value Life, Avoid Danger’.
Sebelum berangkat pulang, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi meluangkan masa beramah mesra bersama jemaah.
Turut hadir ialah Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif IIC Tazudin Mohtar. -EDISI UKAS