KUCHING: Kerajaan Sarawak telah meluluskan dana berjumlah RM600 juta untuk pembinaan tebingan baharu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Satok.
Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak (Sarawak Energy Berhad dan PETROS), Datuk Ibrahim Baki berkata, fasa pertama projek berkenaan akan bermula pada tahun ini yang dijangka menelan perbelanjaan berjumlah RM160 juta.
“RM 160 juta akan digunakan untuk fasa pertama sahaja iaitu membina tebingan dari Brooke Dockyard hingga ke Bintangor,” ujar beliau.
Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Majlis Ramah Tamah Aidilfitri DUN Satok di sini, pada Jumaat.
Jelas beliau, dana selebihnya digunakan dalam kedua dan ketiga iaitu bermula dari Bintangor hingga ke Kampung Kudei Lama .
Menurut beliau, projek itu bakal mengubah landskap kawasan DUN Satok dan Kuching secara keseluruhannya, sekaligus meningkatkan sosioekonomi penduduk setempat. -EDISI UKAS