SIMANGGANG: Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Francis Harden Hollis telah melakukan lawatan ke tapak cadangan naik taraf Arena Petanque Bahagian Sri Aman, pada Khamis.
Lawatan terbabit adalah merupakan maklum balas terhadap Persatuan Petangue Boule Sri Aman yang sebelum ini memohon daripada beliau untuk menaik taraf kemudahan terbabit bagi memberi keselesaan kepada pemain dan penganjur.
"Naik taraf kemudahan arena terbabit secara tidak langsung akan dapat membantu Persatuan Petangue Boule Sri Aman menjimatkan kos sewaan kanopi yang dikenakan terhadap mereka ketika berlangsung penganjuran sukan petanque di situ.
"Bagaimanapun, kos untuk melaksana kerja menaik taraf ini masih belum dipastikan.
"Namun, kita memastikan ia dapat dilaksana demi mengangkat martabat sukan seperti ini dalam kalangan peminat khususnya di Sri Aman," katanya.
Menaik taraf Arena Petanque Bahagian Sri Aman ini penting terutamanya menjadi gelanggang bagi acara Petanque bersempena dengan Sukan Sarawak (SUKSAR) IV 2026 bermula dari dari 4 hingga 6 Februari lepas.
Hadir sama pada sesi lawatan itu adalah Timbalan Pengerusi Persatuan Petanque Boule Sri Aman, Rosdi Shamsuddin, Ketua Kampung (KK) Suhaimi Johan, KK Abang Ali Abang Amin, ahli jawatankuasa persatuan, Ashwati Sulaiman dan Ahli Majlis Daerah Sri Aman, Kaunselor Dilang Jungai. -EDISI UKAS