Tiga Projek RTP 2026 di Kampung Sungai Ud Bakal Perkasa Infrastruktur
DALAT: Sebanyak tiga projek di bawah peruntukan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) 2026 bakal memperkukuh kemudahan asas serta meningkatkan kualiti hidup penduduk di Kampung Sungai Ud.
Peruntukan tersebut disampaikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak merangkap ADUN Dalat, Dato Sri Fatimah Abdullah sempena Majlis Ramah Tamah Aidilfitri yang diadakan di kampung berkenaan, pada Sabtu.
Antara projek utama ialah naik taraf parit konkrit dari Sungai Bekarong ke Sungai Tabei di Jalan Bajai, Kampung Sungai Ud Hilir (Fasa 3) dengan kos RM150,000.
Antaranya naik taraf parit konkrit antara Sungai Bekarong hingga Sungai Tabei di Jalan Bajai, Kpg Sg Ud Hilir, Dalat (Fasa 3) berjumlah RM150,000 serta naik taraf jambatan konkrit mantan penghulu Sera menuju Balai Raya Kpg Sg Ud bernilai RM150,00.
Di samping itu, RTP berjumlah RM500,000 turut diberikan bagi projek bina baharu benteng hakisan muara Sungai Ud Dalat.
Dalam majlis berkenaan, Dato Sri Fatimah turut menyampaikan sumbangan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir, sekali gus menambahkan keceriaan sambutan dan menceriakan wajah para penerima.
Terdahulu, beliau telah mengadakan lawatan rasmi dan menandatangani plak Rumah Kubur Kristian-Liko, Kampung Sungai Ud Dalat.-EDISI UKAS