KUCHING: Ketua Jurulatih Kuching City FC (KCFC), Aidil Sharin Sahak menegaskan pasukannya mahu membuktikan sesuatu menjelang aksi final Piala Malaysia 2026.
Biarpun berdepan ujian getir menentang peneraju Liga Super, Johor Darul Takzim (JDT) FC di Stadium Bukit Jalil, Aidil memberitahu sebagai jurulatih adalah menjadi adamant beliau untuk memenanginya dan menjadi juara.
Jelasnya, sebagai jurulatih asing datang ke sini, beliau sentiasa untuk membuktikan sesuatu di mana pasukannya mampu menjadi lebih baik daripada yang lain.
"Di sinilah persaingan memainkan peranan besar kerana kami akan menentang pasukan besar, JDT.
"Saya harap semua orang menikmati bola sepak dan suasana hari ini, dan kita bawa suasana itu ke Bukit Jalil supaya kita dapat lihat dua pasukan hebat beraksi di final," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas perlawanan KCFC menentang Selangor dalam aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Negeri Sarawak pada Sabtu.
Mengulas mengenai aksi perlawanan pada malam ini, beliau memuji skuad kendaliannya yang bermain sangat baik terutamanya setelah jaringan tunggal Petrus Shitembi pada minit ke-30.
Ujarnya, Selangor FC yang kehilangan dua pemain pada babak kedua tetap memberikan tekanan demi tekanan kepada KCFC dalam usahanya memburu gol penyamaan.
Justeru, beliau dan skuadnya perlu belajar bagaimana mengurus permainan ketika berada di bawah tekanan, dengan permainan yang lebih tenang dan bermain seperti biasa.
"Kami mencipta banyak peluang, saya rasa kami terkena tiang dua kali hari ini. Sepatutnya boleh lebih daripada satu gol, tetapi kemenangan tetap kemenangan.
"Ini langkah baik untuk keyakinan pemain untuk mengejar tempat kedua liga," ujar beliau lagi.-EDISI UKAS
Disediakan Oleh: Ahmad Daniel Faiz
Gambar: George Embie