BINTULU: Majlis Ramah Tamah Aidilfitri 2026 Kampung Warisan Jepak menjadi platform memperkukuh perpaduan komuniti serta meningkatkan kesedaran terhadap penyebaran maklumat tidak sahih.
Program yang berlangsung di Padang Futsal kampung itu mendapat sambutan menggalakkan, mencerminkan semangat kebersamaan penduduk.
Pegawai Khas kepada Ahli Parlimen Bintulu, Azman Abdul Rahman berkata, majlis seumpama ini perlu dimanfaatkan untuk mengeratkan silaturahim, memperkukuh kerjasama serta mengelakkan perpecahan dalam komuniti.
Beliau turut mengingatkan masyarakat agar sentiasa berwaspada terhadap maklumat tidak sahih yang boleh menjejaskan keharmonian.
Ucapan itu disampaikan mewakili Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia merangkap Ahli Parlimen Bintulu, Dato Sri Tiong King Sing.
Tambahnya, setiap kampung akan terus diberi perhatian secara inklusif dengan keperluan penduduk dipertimbang secara adil.-EDISI UKAS