Mangsa Kebakaran Kampung Bunut Terima Bantuan Segera RM15,000
MUKAH: Mangsa kebakaran di Kampung Bunut di sini pada Rabu mendapat perhatian Timbalan Menteri Kesihatan merangkap Ahli Parlimen Mukah, Dato Hanifah Hajar Taib yang segera menyampaikan bantuan.
Dato Hanifah berkata, bantuan keseluruhan berjumlah RM15,000 itu meliputi sumbangan kewangan serta barangan keperluan asas bagi meringankan beban mangsa.
Menurut beliau, penyaluran bantuan tersebut merupakan langkah segera bagi memastikan kebajikan mangsa terus terbela selepas kehilangan tempat tinggal akibat kebakaran.
Terdahulu, dua buah rumah dilaporkan musnah sepenuhnya dalam kejadian berlaku kira-kira jam 9.23 pagi itu, namun tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan.- EDISI UKAS