SARlKEI: Program Kem Latihan Bola Keranjang EST Jersey X Under Armour Sarikei 2026 menjadi platform pembangunan bakat belia menerusi latihan sistematik dan pendedahan profesional sepanjang dua hari penganjurannya.
Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi merangkap Ahli Parlimen Sarikei Dato’ Sri Huang Tiong Sii berkata, sepanjang kem tersebut, peserta bukan sahaja meningkatkan kemahiran teknikal, malah didedahkan kepada nilai penting seperti disiplin dan semangat kerja berpasukan.
“Sukan bola keranjang bukan sekadar sukan kompetitif, sebaliknya merupakan satu bentuk pendidikan yang mampu membentuk sahsiah diri,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa Majlis Penutupan Kem Latihan Bola Keranjang EST Jersey X Under Armour Sarikei 2026 yang dianjurkan oleh Kelab Bola Keranjang Repok di SJK Wah Man Sarikei pada Ahad.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok itu juga menyambut baik penglibatan jurulatih bertaraf kebangsaan serta berharap lebih banyak program seumpama itu dapat dianjurkan bagi memberi peluang kepada belia tempatan berkembang.
Dalam majlis yang sama, Dato’ Sri Huang turut menyampaikan sumbangan berjumlah RM10,000 kepada Kelab Bola Keranjang Repok sebagai tanda sokongan terhadap pembangunan sukan bola keranjang.-EDISI UKAS