Premier Sarawak Terima Kunjungan Hormat Mufti Sarawak
KUCHING: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg telah menerima kunjungan hormat Mufti Sarawak Datu Khalidi Ibrahim di Kompleks Satria Pertiwi, di sini, pada Jumaat.
Ini merupakan kunjungan hormat pertama Datu Khalidi terhadap Premier Sarawak setelah dilantik oleh sebagai Mufti Sarawak bagi menggantikan Datu Kipli Yassin yang tamat tempoh perkhidmatan pada 28 Februari lalu.
Pelantikan beliau berkuat kuasa mulai 1 Mac 2026 susulan persaraan Datu Kipli selepas lebih sedekad menerajui institusi keagamaan negeri.
Sebelum pelantikan ini, Datu Khalidi berkhidmat sebagai Pakar Rujuk yang memainkan peranan penting di Jabatan Mufti Sarawak.
Pelantikan tersebut dilihat sebagai kesinambungan kepimpinan dalam memperkukuh institusi fatwa negeri agar terus berwibawa, relevan dan responsif terhadap perkembangan semasa.
Hadir sama Timbalan Pengarah Jabatan Mufti Sarawak Khalipah Juli. -EDISI UKAS
Disediakan Oleh: Ahmad Daniel Faiz
Gambar: Hazrin Sunaini