Datuk Abdullah Lawat Jurugambar UKAS Selamat Jalani Pembedahan
KUCHING: Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS) Datuk Abdullah Saidol meluangkan masa melawat jurugambar Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), Jaed Tepus yang selamat menjalani pembedahan akibat barah usus di Hospital Umum Sarawak (HUS).
Beliau yang tiba di HUS kira-kira jam 4:00 petang tadi turut diiringi beberapa pegawai kanan UKAS.
Semasa lawatan, Datuk Abdullah sempat menitipkan sokongan moral kepada Jaed (60) agar terus bersabar dan kuat semangat menghadapi ujian berkenaan.
Beliau juga berharap Jaed sembuh seperti sediakala dan kembali menjalankan tugas.
Sebelum beredar, Datuk Abdullah turut menyampaikan sedikit sumbangan bagi meringankan beban keluarga Jaed.
Selain itu Presiden Pertubuhan Wartawan Bebas Kuching (PEWARTA), Peter Sibon dan Wakil Kelab Kebajikan UKAS, Anwar Hanafi turut menghulurkan sumbangan kepada beliau. - EDISI UKAS