70 Entiti Di Tasik Biru Terima Geran MRP RM1.18 Juta
BAU: Sebanyak 70 entiti di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tasik Biru menerima geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah RM1,183,387 yang disalurkan bagi tahun 2026.
Majlis penyerahan geran tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru Datuk Henry Harry Jinep di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 2, Kompleks Pejabat Daerah Bau, pada Jumaat.
Daripada jumlah keseluruhan penerima, seramai 57 entiti menerima cek peruntukan secara simbolik pada majlis berkenaan.
Antara penerima adalah terdiri dari Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung, Rumah Ibadat, Persatuan Ibu Bapa dan Guru, pelbagai pertubuhan bukan kerajaan dan juga Institusi Pendidikan. -EDISI UKAS