Datuk Abdullah Saidol Terima Kunjungan Hormat Pertubuhan Pengguna Sarawak
KUCHING: Timbalan Menteri Di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS) Datuk Abdullah Saidol telah menerima kunjungan hormat Pertubuhan Pengguna Sarawak (PPS) di Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada Selasa.
Kunjungan hormat tersebut diketuai oleh Naib Pengerusinya Bertrand Lian serta ahli pertubuhan yang lain.
Kehadiran mereka untuk mendapatkan pandangan dan nasihat daripada beliau terutamanya acara yang bakal diadakan oleh mereka untuk tahun ini terutamanya dari segi publisiti.
Ketika ditemui pemberita, Bertrand memberitahu, pihaknya bakal menjalinkan kerjasama strategik bersama Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) dalam usaha memperluaskan lagi inisiatif-inisiatif yang akan diadakan.
"Ini merupakan strategi kami untuk menjadi salah satu rakan strategik," jelasnya.
Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada Datuk Abdullah yang sudi meluangkan masa terutamanya pandangan beliau untuk bergerak pada masa datang terutamanya hala tuju pertubuhan tersebut.