Kumpulan Lenggok Tradisi Juara Pertandingan Bertandak Pesta Terubuk Lan Berame Nge Sadong 2026
SADONG JAYA: Kumpulan Lenggok Tradisi berjaya muncul juara pertandingan bertandak bermukun sempena Pesta Terubuk Lan Berame Nge Sadong 2026 selepas mempamerkan persembahan mantap yang memukau penonton di Panggung Udara Pekan Warisan Sadong Jaya, pada Sabtu.
Kumpulan Lenggok Tradisi sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM300 selepas diumumkan sebagai johan pertandingan.
Naib johan pula dimenangi Kumpulan Warisan Gemilang yang menerima hadiah wang tunai RM200 manakala tempat ketiga menjadi milik Kumpulan Mukun Budaya yang membawa pulang hadiah wang tunai RM150.
Pertandingan yang menjadi antara acara tumpuan festival itu berlangsung selama tiga jam dan disertai 11 kumpulan dari sekitar daerah Asajaya dan Sadong Jaya.
Hadir menyaksikan pertandingan tersebut ialah Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan (Pembangunan Infrastruktur) Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sadong Jaya, Datuk Ir Aidel Lariwoo. -EDISI UKAS