Kumpulan Nasyid MAKSAK Sarawak Raih Tempat Ketiga Peringkat Kebangsaan
KUCHING: Kumpulan Nasyid Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan (MAKSAK) Sarawak berjaya meraih tempat ketiga dalam acara Nasyid sempena Festival Kesenian Islam MAKSAK 2026 Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Kuantan, Pahang dari 21 hingga 24 Mei lalu.
Kejayaan tersebut sekali gus membuktikan komitmen, kesungguhan serta bakat yang dimiliki kontinjen Sarawak dalam mempersembahkan seni nasyid berkualiti di peringkat kebangsaan.
Pencapaian itu turut mencerminkan semangat kerjasama berpasukan dan dedikasi tinggi para peserta sepanjang pertandingan berlangsung.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh kumpulan Nasyid MAKSAK Sarawak atas pencapaian membanggakan tersebut sekali gus mengharumkan nama Sarawak di pentas kebangsaan.-EDISI UKAS