Program Pra Gawai DUN Meradong Dekati Masyarakat Rumah Panjang Sungai Rayah
MERADONG: Program Pra Gawai Dewan Undangan Negeri (DUN) Meradong yang memasuki hari ke-17 diteruskan ke kawasan Rumah Panjang Sungai Rayah sebagai usaha memperkukuh hubungan antara pemimpin dan rakyat luar bandar.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong Datuk Ding Kuong Hiing berkata, program tersebut menjadi medium penting untuk mendengar sendiri permasalahan dan keperluan rakyat.
Dalam lawatan itu, beliau turut meninjau keadaan rumah penduduk yang memerlukan bantuan penambahbaikan menerusi Program Penambahbaikan Rumah Rakyat Miskin Sarawak (MRP-PPRMS).
Menurutnya, kerajaan sentiasa komited memastikan kebajikan masyarakat luar bandar terus diberi perhatian agar mereka dapat menikmati kehidupan lebih selesa dan selamat.
Menjelang sambutan Hari Gawai, beliau turut menasihati orang ramai khususnya golongan muda yang pulang ke kampung agar sentiasa berhati-hati di jalan raya dan mengutamakan keselamatan
Dalam pada itu, beliau turut menyeru masyarakat agar terus mengekalkan semangat perpaduan, toleransi dan kerjasama yang telah sekian lama menjadi kekuatan rakyat Sarawak.-EDISI UKAS