Pertandingan Kumang Dayak KCF 2026 Tonjol Keunikan Budaya Iban
KAPIT: Pertandingan Kumang Dayak (Iban) sempena Kapit Cultural Festival (KCF) 2026 berlangsung meriah dan berjaya mengetengahkan keanggunan serta keunikan warisan budaya masyarakat Iban.
Pertandingan yang diadakan di Kapit Town Square pada Ahad itu menyaksikan Diana Benjamin dinobatkan sebagai Kumang (Johan) sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000, trofi dan sijil.
Pressie Radin pula dinobatkan sebagai Lulong (Naib Johan) manakala Joyse Elysa Jantum memenangi tempat ketiga sebagai Selingkar Matahari.
Majlis turut diserikan dengan persembahan artis jemputan serta sesi penyampaian hadiah dan bergambar bersama.
Hadir ke majlis itu, Timbalan Menteri Digital merangkap Ahli Parlimen Hulu Rajang Datuk Wilson Ugak Kumbong, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang dan Adat Bumiputera) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Goram Datuk Jefferson Jamit Unyat, ADUN Pelagus Wilson Nyabong Ijang serta ADUN Baleh Nicholas Kudi Jantai.- EDISI UKAS