Mangsa Kebakaran Kampung Murud Plaman Terima Wang Ehsan RM13,800
KOTA SAMARAHAN: Seramai 23 mangsa termasuk kanak-kanak yang terjejas dalam tragedi kebakaran melibatkan tiga buah rumah di Kampung Murud Plaman pada 17 Disember 2025 menerima sumbangan wang ehsan berjumlah RM13,800 dalam satu majlis di Pusat Operasi Marqas Muara Tuang, Taman Desa Ilmu, pada Selasa.
Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muara Tuang, Dato Idris Buang sebagai tanda keprihatinan terhadap mangsa yang kehilangan tempat tinggal akibat kebakaran tersebut.
Jelasnya, bantuan yang disalurkan itu diharap dapat membantu meringankan beban mangsa khususnya dalam urusan keperluan harian dan proses pemulihan selepas tragedi berkenaan.
Beliau turut menzahirkan rasa simpati kepada semua keluarga yang terlibat serta menegaskan bahawa kerajaan sentiasa komited memastikan kebajikan rakyat terus diberi perhatian terutama ketika berdepan musibah dan bencana.
Menurut beliau, semangat kerjasama dan sokongan komuniti amat penting dalam membantu mangsa meneruskan kehidupan selain memperkukuh perpaduan dan kebersamaan dalam masyarakat.
Beliau turut menyeru masyarakat supaya terus mengamalkan sikap prihatin dan saling membantu terutama ketika ada penduduk yang ditimpa musibah.
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Ketua Marqas Operasi Muara Tuang Aziz Mohamad. -EDISI UKAS