32 Asnaf Terima Agihan Daging Korban Parlimen Kota Samarahan
ASAJAYA: Seramai 32 penerima asnaf dari Kampung Sebandi Lot dan Kampung Sebandi Matang menerima agihan daging korban menerusi Program Penyerahan Daging Korban Parlimen Kota Samarahan yang berlangsung di Dewan Terbuka Kampung Sebandi Lot, di sini, pada Rabu.
Dalam program tersebut, seekor lembu telah dikorbankan sebelum daging korban diagihkan kepada golongan asnaf yang dikenal pasti di kedua-dua kampung terbabit.
Proses pengagihan daging korban dilaksanakan secara gotong-royong melibatkan penduduk kampung bersama jawatankuasa setempat bagi memastikan agihan berjalan lancar dan teratur.
Pelaksanaan program ibadah korban itu bukan sahaja mencerminkan tuntutan agama, malah menjadi medium penting dalam memperkukuh perpaduan, semangat kerjasama serta hubungan silaturahim dalam komuniti setempat. -EDISI UKAS