Dato Sri Julaihi Santuni Penduduk Kampung Sungai Ladong & Kampung Tungkah, Sebuyau
SEBUYAU: Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau menyantuni penduduk Kampung Ladong dan Kampung Tungkah di sini sempena sambutan Hari Raya Aidiladha, pada Rabu.
Dalam majlis itu, beliau telah menyumbang tiga ekor lembu korban setiap kampung sebelum diagihkan kepada penduduk serta golongan yang memerlukan termasuk asnaf, warga emas dan penduduk setempat.
Kesemua lembu korban tersebut merupakan sumbangan peribadi beliau sebagai usaha berkongsi rezeki dan memperkukuh amalan kebajikan dalam kalangan masyarakat.
Turut hadir, wakil Pegawai Daerah Sebuyau Tahir Putih. -EDISI UKAS