Perlawanan Persahabatan Pickleball Eratkan Hubungan Warga SCS Di Betong
BETONG: Perlawanan persahabatan pickleball yang berlangsung di Dewan Kampung Baru, di sini pada Sabtu menjadi platform mengeratkan hubungan silaturahim serta memperkukuh semangat kebersamaan dalam kalangan warga Perkhidmatan Awam Sarawak (SCS) Bahagian Betong.
Program tersebut turut disertai Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki bersama isteri, Dato Baduyah Bujang.
Hadir sama Residen Bahagian Betong, Datu Richard Michael Abunawas serta Timbalan Residen Bahagian Betong, Mohammad Nizam Wang.
Selain menggalakkan amalan gaya hidup sihat, aktiviti berkenaan turut menjadi medium memperkukuh hubungan antara kepimpinan negeri dan penjawat awam di bahagian itu dalam suasana santai dan harmoni.-EDISI UKAS