The Bees Fun Run Meriahkan Komuniti SMK Bandar Bintangor
MERADONG: Program Larian The Bees Fun Run Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Bintangor Tahun 2026 berlangsung meriah dengan penyertaan pelajar, guru, ibu bapa serta masyarakat setempat di sekolah berkenaan pada Sabtu.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing berkata, penganjuran aktiviti seumpama itu bukan sahaja menggalakkan amalan gaya hidup sihat dan aktif, malah berperanan mengeratkan hubungan antara pihak sekolah, ibu bapa dan komuniti setempat.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada pihak sekolah, PIBG, guru serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program berkenaan.
Menurutnya, kerjasama erat antara sekolah dan masyarakat amat penting dalam menyokong pembangunan pendidikan serta pembentukan sahsiah pelajar yang cemerlang.
Selain menyempurnakan pelepasan peserta larian, Datuk Ding turut beramah mesra dengan peserta dan warga sekolah yang hadir.-EDISI UKAS