TYT Sarawak Terima Kunjungan Hormat Duta Besar Hungary ke Malaysia
KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi menerima kunjungan hormat daripada Duta Besar Hungary ke Malaysia Dr. Sandor Sipos di Astana Negeri Sarawak, pada Khamis.
Kunjungan hormat berkenaan adalah bagi memperkukuh hubungan antara Hungary dan Sarawak serta membincangkan potensi kerjasama dalam bidang peralihan hijau, biodiversiti, pemindahan teknologi dan perkongsian pengetahuan.
Selain itu, kunjungan itu turut menyentuh hubungan sejarah antara Hungary dan Sarawak yang telah lama terjalin serta usaha memperingati sumbangan saintis Hungary, melalui program kerjasama bersama Perpustakaan Negeri Sarawak.
Hadir sama dalam kunjungan tersebut ialah Timbalan Ketua Misi Kamilla Balla, Konsul Kehormat Hungary Dato Damien Chua, Pegawai Khas Konsulat Kehormat Hungary, Cheering Tan serta Pengarah Pejabat Wilayah Sarawak Kementerian Luar Negeri Dato Fenny Nuli.-EDISI UKAS
Disediakan oleh: Nur Nabilla
Foto: George S. Embie