Projek RTP Parit Konkrit Kampung Sebandi Matang Bakal Dilaksanakan
ASAJAYA: Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) membabitkan pembinaan baharu parit konkrit di Kampung Sebandi Matang bakal dilaksanakan bagi memperkukuh sistem saliran serta meningkatkan keselesaan penduduk setempat.
Projek yang diserahkan untuk dilaksanakan oleh Syarikat Sayang Sambir itu merupakan sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan dalam mempertingkatkan kemudahan infrastruktur asas di kawasan luar bandar.
Pembinaan parit konkrit tersebut dijangka menyediakan sistem perparitan yang lebih sistematik sekali gus membantu memperbaiki pengurusan aliran air serta meningkatkan kualiti persekitaran kampung.
Dengan siapnya projek itu kelak, penduduk Kampung Sebandi Matang dijangka menikmati kemudahan saliran yang lebih kukuh, tahan lama dan mampu menampung keperluan komuniti terutama ketika berdepan keadaan cuaca yang tidak menentu.
Pelaksanaan projek berkenaan turut mencerminkan komitmen kerajaan dalam memastikan pembangunan fizikal dapat dinikmati secara menyeluruh oleh masyarakat luar bandar melalui kerjasama erat antara agensi kerajaan, pihak pelaksana dan komuniti setempat.
Penduduk kampung menyambut baik pelaksanaan projek tersebut yang disifatkan mampu memberi manfaat langsung kepada kehidupan harian mereka selain mewujudkan persekitaran perkampungan yang lebih selesa, bersih dan terurus. -EDISI UKAS