Malaysia Kuasai Dua Kategori Pada 3rd Asian Squash Doubles Championship 2026
KUCHING: Malaysia membuktikan keunggulannya di pentas skuasy Asia apabila muncul juara dalam dua daripada tiga kategori yang dipertandingkan pada Kejohanan 3rd Asian Doubles Squasy Championship 2026 yang melabuhkan tirainya di Sarawak Squash Centre, Petra Jaya, pada Ahad.
Malaysia berjaya merangkul gelaran juara bagi kategori beregu wanita dan beregu campuran sekali gus mencerminkan perkembangan positif sukan skuasy negara serta keupayaan atlet tempatan untuk bersaing di peringkat antarabangsa.
Dalam kategori Beregu Wanita, pasangan negara Ainaa Amani dan Yee Xin Ying berjaya merangkul gelaran juara selepas menewaskan pasangan Hong Kong, Cheng Ngan Ching dan Fung Ching Hei yang menamatkan saingan sebagai naib juara.
Tempat ketiga dimenangi pasangan Hong Kong, Lam Po Ying dan Wong Po Yui Kirstie, manakala pasangan India, Joshna Chinappa dan Rathika Seelan menduduki tempat keempat.
Kategori Beregu Campuran menyaksikan satu lagi kejayaan Malaysia apabila pasangan Ameeshenraj Chandaran dan Rachel Arnold muncul juara.
Pasangan negara, Mohammad Syafiq Kamal dan Ainaa Amani meraih tempat kedua, diikuti pasangan Hong Kong, Lai Chuek Nam Matthew dan Tse Yee Lam Toby di tempat ketiga, manakala pasangan India, Velavan Senthikumar dan Joshna Chinappa berada di kedudukan keempat.
Untuk kategori Beregu Lelaki, pasangan India, Abhay Singh dan Velavan Senthikumar dinobatkan sebagai juara selepas menampilkan persembahan cemerlang sepanjang kejohanan.
Pasangan Pakistan, Nasir Iqbal dan Noor Zaman muncul naib juara, manakala pasangan Malaysia, Duncan Lee dan Sanjay Jeeva berada di tempat ketiga diikuti Ameeshenraj Chandaran dan Joachim Chuan di tempat keempat.
Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah kejohanan yang berlangsung dari 18 hingga 21 Jun itu telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Sukan Sarawak (SSC), Mu'azamir Jili. -EDISI UKAS