Dato’ Sri Alexander Nanta Santuni Komuniti, Tinjau Reruai Program SKS Kapit
KAPIT: Menteri Kerja Raya merangkap Ahli Parlimen Kapit Dato’ Sri Alexander Nanta Linggi meluangkan masa menyantuni komuniti dan meninjau reruai pameran sempena Program Sarawakku Sayang 2026 Peringkat Bahagian Kapit di tapak program berkenaan, di sini, pada Jumaat.
Sesi interaksi yang berlangsung sejurus selepas Majlis Pra Pelancaran itu bertujuan mendekati masyarakat setempat selain meninjau pengisian program yang disediakan khusus untuk penduduk di Bahagian Kapit.
Beliau yang diiringi barisan kepimpinan negeri serta pegawai kanan kerajaan mengunjungi pelbagai reruai pameran melibatkan projek pembangunan, kaunter perkhidmatan jabatan kerajaan dan pameran agensi keselamatan.
Dalam lawatan sama, beliau turut meluangkan masa beramah mesra dengan usahawan tempatan yang mempamerkan pelbagai produk makanan dan kraftangan kreatif.
Turut serta dalam sesi lawatan tersebut ialah Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang dan Adat Bumiputera) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Goram Datuk Jefferson Jamit Unyat, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi merangkap ADUN Belaga Datuk Liwan Lagang, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Pentadbiran) Datu Felicia Tan Ya Hua, ADUN Murum Kennedy Chukpai Ugon, Setiausaha kepada Menteri Kerja Raya Datuk Alvin Runggah Jimbun serta Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Watson Awan Jalai.
Hadir sama ialah Residen Bahagian Kapit Elvis Didi, Timbalan Residen Bahagian Kapit Robert Liman Deli, Pegawai Daerah Song Harry Bruce Edwin, Pegawai Daerah Bukit Mabong Jabang Juntan serta Pegawai Daerah Belaga Bidah Lujah.-EDISI UKAS