TYT Sarawak Kurniakan Darjah Kebesaran Negeri Kepada 149 Penerima
KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Negeri kepada 149 penerima dalam satu Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Sarawak, di Dewan Besar Astana Sarawak, pada Selasa.
Mengiringi beliau dalam istiadat tersebut ialah isterinya, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi.
Pengurniaan dimulakan dengan Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak Pegawai Bintang Kenyalang (P.B.K) yang disampaikan kepada 13 penerima termasuklah Awang Yusup Awang Mostapha, Cerisologo Sabut, Ismail Kasah, Dr Nicholas Janek, Dr Victor Luna Amin, Mohamad Razali Arshad, Mohammad Nizam Wang, Omar Bahrein Unin, David Branch Ambor, Gilbert Igi, Bahrin Kawi, Yasit Abd Razak dan Joseph Liaw.
Manakala Pingat Pentadbiran Awam Pingat Perkhidmatan Bakti (P.P.B) dikurniakan kepada 21 penerima iaitu, Allin Bandang, Azman Mahli, Bilong Engkas, Johny Karin, Mohammad Mubarak Abdillah Su’ut, Peter@Dembap Martin, Rosman Wak, Sonny Ng, Tan Phang Chia, Will Paul Bilun, Yusniman Mohamad, Zehnder Jarroop Augustine Mercer, Adzlin Mohd Yusuf, Diana Rafidah Majani, Evelyn Ajang, Michele Mejin, Nancy Lai Siew Joon, Rosemiyati Mohamad Nawawi, Sabariah Nawawi, Sharifah Zurina Wan Noruddin dan Wong Lian Sin.
Bagi Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak Ahli Bintang Sarawak (A.B.S), seramai 10 individu menerima darjah berkenaan iaitu Andy Suot, Berawoh Kudi, Chang Shiu Chong, Changgai Dali, Donny Inam, Francis Mengga Jonathan Philip, Juli Gindi, Lian Terawe, Lengan@Wat Uyak dan Law Cheng Ching.
Majlis istiadat seterusnya diteruskan dengan pengurniaan Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak Ahli Bintang Kenyalang (A.B.K) yang dikurniakan kepada 24 penerima iaitu, Jadry Lai, Alias Bon Ulat, Andrick Romeo Bimbang, Andy Madang Langgang, Ang Ek Chong, Anggang Enjau, Basa Gali, Chang Chun Hung, Christopher Juti, Deric Hii Hiong Hoe, Edward Nullie Angun, Hussien Abdullah@Wong Sing Chu, Ismail Seliman, Jonathan Mawar Endek, Liew Ziuzung, Lim Chun Chieng, Burai Jana, Hellen Anbi, Ida Jais, Josephine Natalie Ngian Onam, Kong Seng Ai, Kho Phek Nging, Lina Jomek dan Li Siaw Yung.
Dalam pada itu, Pingat Pentadbiran Awam Pingat Perkhidmatan Terpuji (P.P.T) dikurniakan kepada 37 individu termasuklah, Abdul Hamid Bakar, Abang Sulaiman Abang Taha, Abdul Rahman Abdullah, Abdullah Sidek Abdullah, Azman Sapawi, Abang Jeffry Abang Bohari, Anthony Peter Tula, Bernard Wan, Dolhan Kauli, Fadillah Sulaiman, Ismadi Tahar, Jeffridin Saime, James Cassidy Bunyau, Jeffry Abdul Rajak, Jonathan Kemaraw, Julin Dasi, Kupa Budul, Muhammad Suhardi Rakawi, Norrizan Sabing, Paddy Jiob, Pusong Tuan, Penyei Berah, Rosli Pajiu, Rasdi Ahmad@Terrence Bobby Johnny, Ramzi Toyok, William Gregory Kuyang, Alimah Ason, Dayang Azizah Abang Taha, Hanisah Abdullah@Ketrin George, Haslinawati Ahmad, Resedah Krim, Rumidah Paiman, Rosni Kadir, Roseling Yusup, Sharifah Wan Hashim, Selarah Seri dan Sarimah Latip.
Manakala Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak Bentara Bintang Sarawak (B.B.S) disampaikan kepada 44 penerima iaitu, Abang Aziz Abang Bolhassan, Abdul Muttalip@Hassan Junaidi, Abdul Senu Mohd Su’if, Abdur Rahman Abdul Rahim, Abu Halifah En, Affandie Hanafie, Abang Kasmadi Abang Morshidi, Mohd Abdulhalimshah Reduan, Augustine Ngumbang, A. Yaffet W. George Elley, Collin Raman Nyandang, Banta Ungi@Anjie, Damat Saga, Donald Entigar Ngindang, Henry Jang, Ismail Baidi, Jero Lepun, Josli Mutang, Linel John, Lowrence Bimi, Muyang Jali, Martin Nyadong, Mason Atim Nibu, Patrick Adau Aloi, Rantai Melanyi, Saban Jelom, Tekong Ranggi, Ting Ying Yong, Tie Ching Ming, Ugap Laja, Yusup Tagko, Yap Huan Yih, Agnes Ngarega, Kharunnisa Mohd Azhar, Lumah Madai, Linda Ayang, Salmah@Dina Morshidi, Lunyi Indu, Stevfiana Sima Ngadan, Sapiah Bueng, Tan Guek Koon, Timas Mula, Cecilia Jusel bagi pihak Mendiang Jusel Liton dan Halimah Tangkat bagi pihak Mendiang Japang Empaga.
Hadir sama semasa istiadat tersebut ialah Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak Datuk Dr Hazland Abang Hipni, Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Datuk Dr Annuar Rapaee dan Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak Datuk Ir Aidel Lariwoo. -EDISI UKAS