Persiapan Akhir Konvoi Bermotosikal Premier Sarawak Ke Pusa Diperhalusi
PUSA: Persiapan bagi Program Konvoi Bermotosikal Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Abang Openg dari Batang Lupar ke Sibu terus diperhalusi menerusi penyelarasan akhir di Dataran Tandang Sari, Pusa bagi memastikan kelancaran pelaksanaannya pada Khamis.
Pengarah Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak (UKPS), Abdul Wahab Rahim bersama Pegawai Daerah Pusa, Hamdan Katang telah mengadakan lawatan pemeriksaan tapak pada Rabu bagi menilai tahap persediaan serta menyelaras keperluan pelaksanaan program.
Antara aspek yang diberi perhatian ialah semakan laluan konvoi, kesiapsiagaan lokasi persinggahan, pengurusan logistik, kawalan keselamatan dan penyelarasan trafik, selain memperincikan pembahagian tugas antara agensi yang terlibat.
Penyelarasan tersebut bertujuan memastikan setiap komponen program dapat dilaksanakan dengan lancar dan mengikut perancangan, sekali gus menjamin kelancaran pergerakan konvoi sepanjang laluan yang ditetapkan.
Program tersebut akan diteruskan dengan sesi Jamuan Teh bersama Premier Sarawak sebelum beliau mengadakan sesi ramah mesra bersama masyarakat di Pusa.
Konvoi kemudiannya akan meneruskan perjalanan ke Sarikei sebelum tiba di Sibu mengikut jadual yang telah ditetapkan.- EDISI UKAS