Hari Pertama Regata Sejijak 2026 Meriah, Aksi Saringan Tarik Tumpuan
KUCHING: Regata Sejijak 2026 membuka tirainya dengan penuh meriah apabila ratusan pekayuh dari pelbagai kampung dan pasukan sekitar Sejijak berentap dalam pelbagai acara saringan yang berlangsung di Tebingan Sungai Sejijak, pada Jumaat.
Perlumbaan bermula seawal jam 8 pagi dengan acara 30 orang pekayuh lelaki tertutup, diikuti beberapa kategori lain termasuk 20 orang pekayuh lelaki terbuka, 7 orang pekayuh lelaki tertutup, 30 orang pekayuh lelaki terbuka, 20 orang pekayuh lelaki tertutup, 7 pekayuh perempuan terbuka, 15 orang pekayuh lelaki terbuka, serta beberapa lagi acara pada sebelah petang.
Antara acara yang dipertandingkan pada hari pertama ialah kategori 30, 25, 20, 15, 10 dan 7 orang pekayuh, melibatkan kategori lelaki tertutup, lelaki terbuka serta wanita terbuka.
Bagi acara 30 orang pekayuh lelaki tertutup (Saringan A) pada jam 8 pagi, pasukan Todak Berjaya muncul juara, diikuti Landas 1 di tempat kedua, Imbok Setaraja 2 di tempat ketiga, GP Pantai Damai Binladen di tempat keempat dan Landas 2 di tempat kelima.
Sementara itu, bagi acara 20 orang pekayuh lelaki terbuka (Saringan A) jam 8.30 pagi, Todak Berjaya meraih tempat pertama, diikuti Landas, Sinaran Ratu Siska 5, GP Pantai Damai Binladen 68 dan Bujang Sigat masing-masing di kedudukan kedua hingga kelima.
Dalam acara 7 orang pekayuh lelaki tertutup (Saringan A) jam 9 pagi, Keris Terbang muncul juara, manakala Imbok Setaraja 3 di tempat kedua, Merpati Putih 1 di tempat ketiga, Dayang Sinar Sofiah di tempat keempat dan KTDB melengkapkan lima kedudukan terbaik.
Regatta Sejijak 2026 akan diteruskan esok hingga Ahad dengan lebih banyak perlumbaan dijadual berlangsung.
Majlis Perasmian Regatta Sejijak 2026 dijadualkan berlangsung esok dan akan disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Politik Kepada Premier Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong Dato Fazzrudin Abdul Rahman. -EDISI UKAS