SIBU: ‘Mowe Nation Festival’ 2026 terus menjadi platform memperkukuh hubungan silaturahim serta memelihara warisan keluarga dalam kalangan komuniti Mowe yang merangkumi ahli dari dalam dan luar negara.
Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi hadir menyerikan Majlis Makan Malam sempena festival tersebut pada Sabtu.
Majlis makan malam dwitahunan itu menghimpunkan hampir 200 ahli keluarga Mowe dari seluruh negara serta luar negara termasuk Australia dan Mongolia bagi mengeratkan hubungan kekeluargaan, memperkenalkan ahli baharu dan membincangkan hala tuju komuniti Mowe.
Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, Patricia Mowe semasa berucap, merakamkan penghargaan atas kesudian Yang di-Pertua Negeri Sarawak serta isteri menghadiri majlis tersebut.
“Kehadiran TYT Tun Pehin Sri dan Toh Puan bukan sahaja menyerikan lagi penganjuran festival, malah mencerminkan sokongan yang amat bermakna terhadap usaha komuniti Mowe dalam memupuk perpaduan dan memelihara warisan keluarga,” katanya.-EDISI UKAS